Follow me on Twitter RSS FEED

JOM TERBANG BERSAMA GLIDER

Posted in

ASSALAMMUALAIKUM W.BT

bagaimane ingin sy mula kan ttg tajuk GLIDER ni...lucu, tekanan,puas hati , ape lagi eh semua ade.. sewaktu progress utk membina glider niade yg tersangkut atas bumbung, atas pokok, kena langgar keta...dlmoperasi tesh flight pada waktu mlm/""mane tak nya esok nak present mlm bru nak wat dgn test flightsemua..haha ape pun congratulation to all group because your succes to launch your own made glider siap ade glider terjun tiruk lagi heee
TP ape pun rekod paling lama terbang ade la 5 minit , sape punya aziz punya..hehehe.. madam kasi markah lebih...usaha untk design sampi subuh..lepas launching and presntation, aku blik hostel tido..qada..heheh zohor bngun..tu jer kot

"BERSABARLAH DUHAI HATI ^_^"

Posted in
الله دائما ستكون سعيدةإذا كنت تحب شخصا ما ينبغي أن تكون لكم الشجاعة لأقول لها ، لأن الله يساعدكم في معرفة ما هو أفضل للحقوق. يؤمنون بالله عليك
Allah sentiasa dan selalu dalam keadaan mengetahui terhadap sebaik-baik perkara untuk diletakkan (dinyatakan). Berimanlah (yakinlah) kepada Allah dan engkau akan berada di dalam keadaan yang menenangkan. jika engkau menyukai (ada perasaan suka) terhadap seseorang, seharusnya engkau perlukan kekuatan (motivasi) untuk memberitahu ia akan perkara tersebut, kerana Allah akan menolong
engkau..
Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia,
aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia,
cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia,
cinta manusia bakal membuatnyaalpa..
Tolong nasihati si dia,
jgn menyintaiku lbh dr diamenyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,
jgn mengingatiku lbh dr diamengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia,
jgn mendoakanku lbh dr diamendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah krn di situ adasyurga..
Tolong katakan pada si dia,
dahulukan ibu bapanya krn ditelapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia,
aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia,
aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia,
aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia,
bila dia mula mengagungkan cintamanusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalamangan-angannya..
Tolong tegur si dia,
andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia,
aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia,
aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya besar kepadakeluarganya..
Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia,
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia,
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya,
aku tidak mahu menjadi fitnah besarkepadanya..
Tolong pesan padanya,
aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya,
aku membiarkan Yang Esa menjagadirinya..
Tolong khabarkan pada si dia,
aku tidak mahu melekakandia..
Tolong khabarkan pada si dia,
aku mahu dia berjaya dalamimpian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia,
jadilah penyokong dalamkejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia,
aku mendambakan cinta suciyang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,
cinta kerana Allah tidakternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia,
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia,
kerana aku tidak mampumemberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan YangMaha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diri ku suatu hari nanti...